Saturday, August 8, 2009

Al - Fatihah Buat Arwah Teman Yusnida

Bebaru ini aku dikejutkan dengan satu berita sedih... tentang kematian seorang teman chat di YM bernama Yusnida.... kami telah kenal selama beberapa tahun tapi biasalah sekadar teman chat di alam maya... Pada pagi Rabu 5 August 2009 , aku mendapat msg dari no Arwah... Adik beliau memberitahu bahawa Kakaknya telah pulang kerahmatullah pada jam 10 malam. Aku amat terkejut diatas pemergiannya. Tidak sempat aku berjumpanya secara berdepan tetiba ia meninggalkan aku menghadap Yg Esa.. Allah Swt.. Lebih Menyayangi Beliau... Sama-sama sedakahkan Al-Fatihah Semoga rohnya dicucuri Rahmat..Dan Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Terkenang kisah perkenalan kami di MIRC lalu dibawa ke YM... Saling berkenalan bersembang.. Saat-saat akhir ini aku jarang berbual dengan dengan arwah... disebabkan kesibukan melanda.. banyak kerja.. dan aku tau Arwah tidak sihat.. beliau telah dimasukkan keWad bebaru nih disebabkan masalah pernafasan serta masalah penghadaman... itulah kali terakhir aku menerima berita tentang dirinya... semua kisah pengenalan kita akan aku ingat sampai bila... seronok dapat berkenalan dengan arwah.. happy go lucky...orangnya... :) semoga Arwah Tenang disana... Amin

P/S : Teringat Mereka Yang Telah pergi Meninggalkan aku.... Semoga Kalian Tenang Disana..Al-Fatihah

-

No comments:

Post a Comment