Tuesday, December 13, 2011

Ilusi Optik

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata.

Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, semasa kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar.
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Al Quran: Surah An Naml ayat 88)








Tabiat Meminum Air

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


Oleh Itu Minumlah Air Secukupnya

Khasiat Air Liur Basi

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab
wassalam...........

Hujan....Taiping Hujan Sentiasa

Taiping... Bandaraya HUJAN.... seperti kita tahu....Bandar ini menerima taburan hujan yang banyak setiap tahun.... kawasan paling lembab dalam Malaysia... inilah dia Taiping....tempat aku.. hehehe...boleh dikatakan setiap hari cuaca hujan... tak kira pagi, petang dan juga waktu malam... Alhamdulillah walaupun hujan setiap hari dengan keadaan yang lebat tiada kejadian banjir yang teruk seperti tempat lain..mungkin ada juga berlaku banjir kilat di sesetengah tempat rendah..maka tenggelamlah ia. sekarang sudah Desember memang musim tengkujuh..maka banyaklah hujan bertaburan dimuka bumi Allah Swt ini... Amin.. Sejuk, nyaman.... segar...cuaca.. semua tumbuh tumbuhan dan bintang seronok dengan kedatangan ujan terutama KATAK heheh...Harap-harap 18 hb nih tak ujan sebab ada kenduri...jika nak turun pon harap lepas asar... semoga semuanya berjalan dengan lancar....amin. Syok lena malam nih sebab Hujan turun lagi....badan pon rasa macam nak demam...so makan ubat n rehat selepas nih...

Wednesday, December 7, 2011

Salam Ceria Buat Semua 2011

Salam Kepada Semua Kawan-Kawan Yang Mengikuti Blog Saya... Mohon Maaf Kerana.. Lama Tak Menjengah Blog Nih... Disebabkan Kesibukan Yang Melanda Skrg.. Maka Kuranglah Saya Update Maklumat Terbaru.. Insyallah Akan Saya Usahakan Juga Update Berita N Cerita Terkini Buat Semua... Ada Info Biznis Akan Saya Masukkan Kedalam Blog Ini. So Sekiranya Anda Berminat Boleh Cari Apa-Apa Yg Menarik Minat Anda.. Hehehe.. Jumpa Lagi Siaran akan Datang...


Daaaa....

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin



Selamat
Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Kepada Semua Rakan-Rakan, Sanak Saudara Sekelian. Mohon Ampun Dan Maaf Andai Terkasar Bahasa Ya



Daripada Abg_AM dan Sekeluarga... Raya Ni Mai La Ke Rumah Ya!!

Monday, September 14, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam sayang buat semua Blogger yg sudi menjengah ke Blog Luahanku ini.... Terima Kasih diatas sokongan semua... Alhamdulillah... Hari ini sudah masuk Penghujung Ramadhan... esok lusa dah nak RAYA!!! tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri.... Sekejab benar rasanya masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah nak raya... rasa macam baru mula berpuasa dah nak sampai penghujungnya... Aku pon dah lama tak update Blog nih disebabkan Bz dengan keluarga dan kerja di pejabat.. Insyallah lepas nih blog nih akan aku cuba update sekerap yang mungkin..