Thursday, August 13, 2009

Zikir

Zikir mampu cerah wajah

ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di
antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada
berzikir dengan lisan semata-mata



Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

# Zikir dengan lisan saja.

# Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

# Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

# Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.

Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata :

"Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan
berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai."

Firman Allah bermaksud: "Dan orang lelaki yang banyak menyebut
(mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka
Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang
besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah
hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar
dalam syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Hikmat lain adalah :

* Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta
dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

* Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

* Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta
dimurahkan rezekinya.

* Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan
Allah.

* Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada
dalam kesusahan dan kedukaan.

* Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.

* Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka
semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

* Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di
alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.

* Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti
berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

* Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.

* Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala
kebaikan.

* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

* Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

* Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga
penyakit.

* Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan
kebimbangan.

* Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil .

* Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai
majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu
akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud:
"Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."

5 Cara Memilih Sahabat

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.


Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yan g ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yan g mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yan g mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yan g mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yan g mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yan g d is ebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yan g mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yan g di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yan g tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,

setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yan g lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yan g terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yan g kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Ibl is dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah." "Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yan g berdosa besar dari ummatmu yan g sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar ker is auanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yan g akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menang is , Jibrail juga menang is , kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembah yan g kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembah yang selalu menang is dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik

matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yan g panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yan g hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai d is eret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yan g menyembunyikan apa yang telah Kamiturunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".


Kalau kail panjang sejengkal,

Lautan dalam jangan di duga,

Kalau ikhtiar dakwah tidak mengekal,

jangan bermimpi Islam di puja

Santapan Hati

Untuk suami?
Renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi
solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah SAW?
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin.

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW...
Tidaklah setaqwa Ibrahim AS
Pun tidak setabah Ayyub AS atau pun
Segagah Musa AS...apalagi setampan Yusuf AS
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh...amin

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri?

jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman AS
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim AS
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

Monday, August 10, 2009

Khasiat Buah Kurma



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Khasiat Air Kelapa Muda










Khasiat Air Kelapa


AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink).

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa.

Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Tidak kurang hebatnya juga isi buah kelapa muda cukup baik untuk dimakan terutamanya bagi kanak-kanak yang menderita kekurangan gizi makanan (nutritional deficiency).

Air kelapa memiliki cita rasa yang isitimewa di samping itu, air kelapa juga mempunyai banyak kandungan gizi di dalamnya terutama mineral yang sangat baik untuk tubuh manusia. Selain itu unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, dan inositol. Unsur nitrogen pula terdiri dari protein seperti asam amino, alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Kajian dapati kadar asam amino air kelapa lebih tinggi berbanding asam amino dalam susu sapi.

Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang diperlukan dalam tubuh. Mineral tersebut di antaranya kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Lebih menariknya dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin. Seperti vitamin C dan berbagai asam seperti, asam nikotinat, asam pantotenal, dan asam folat. Vitamin B kompleks yang dikandungnya antara lain niacin, riboflavin, dan thiamin.

Sarat khasiat

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera ini juga dikenali dengan nama “Wonder Food”. Ia dipanggil disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa itu diperlukan oleh tubuh kita.

Di beberapa negara kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Dalam upacara keagamaan Hindu, kelapa dipanggil Tree of Heaven kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesiehatan, umur yang panjang dan kedamaian.

Kandungan mineral yang terkandung dalam kelapa juga mempunyai protein berkualiti tinggi iaitu baik untuk pertumbuhan dan perbaikan sel-sel dalam tubuh. Airnya dikenali sebagai air mineral dan merupakan minuman penyegar. Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa pula senang diserap oleh tubuh. Air kelapa juga merupakan tonik yang t baik untuk menjaga kesihatan tubuh kita.

Air yang terdapat dalam buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan tubuh iaitu vitamin C dalam sehari. Seperti yang kita ketahui, walaupun kandungan nutrisi yang terkandung dalam air kelapa p tinggi namun ia bersifat isotonik. Air kelapa mudah memiliki komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna sama dengan cairan tubuh manusia.

Selain itu, komposisi mineral yang terkandung dalam air kelapa juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik.

Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Mereka yakin dengan air kelapa mampu menurunkan panas dalam tubuh. Ketika demam, air kelapa dan air putih diminum secara berselang seling untuk mengurangi panas dan rasa sakit.

Minuman air kelapa muda dan memakan isinya dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun dalam darah. Namun perlu diketahui terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas.

Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan.
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Air kelapa juga dikenalpasti sebagai ubat tradisional kuno yang sangat berkesan membasmi berbagai jenis cacing di dalam usus. Malah, ia juga sangat baik diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. Air kelapa berkesan untuk pesakit yang menderita gastrik.

Di samping itu, air kelapa juga berkhasiat dalam penyembuhan sakit colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir. Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut. Selain itu air kelapa yang ditambah madu, sangat baik untuk diminum ketika hendak tidur dan berkesan untuk mereka yang menghidap batuk kering.

Bagi pesakit kolera, campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. Air kelapa bersifat diuretic sehingga sesuai untuk mengobati kerosakan pelbagai penyakit lain.

Ubat Bagi Selesema Babi


Salam Semua Kawan-kawan Pagi ini saya mendapat Email berkenaan penawar bagi selsema BABI H1N1. Saudara kita ini katanya baru pulang dari Thailand iatu Pulau Temelang Dan Ban Tun. Disana beliau telah mendapat petua bagi menghilangkan Demam Selsema BABI H1N1.


So Apa Lagi Cubalah Mana tau Ok..... Selamat Mencuba ok!!! Sebarkan Berita ini kepada kawan-kawan.... Kalau benar petua ini... Alhamdulillah kita dapat menyelamatkan banyak banyak nyawa manusia yang menderita akibat Penularan Wabak H1Ni ini..


Dibawah Ini Disertakan Bahan Dan Cara Ubatan itu dibuat...


1. Air kelapa

2. Kurma

3. Mangkuk - bekas letak Air Kelapa Muda


Cara-caranya


1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk

2. Tuang air kelapa

3. Biarkan Air Kelapa dan Kurma terendam selama sejam dua

4. Minum air kelapa bersama makan kurma



Semoga Berjaya Kita Boleh Cuba Petua dari Kawan Kita Di Thailand.

Pesanan Dr Sahabat Ym Saya



lady bug: forwarded msg: Salam.Klu hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.-HOSPIAL SULTAN AMINAH JOHOR,,Bersama mendoakan kesejahteraan ummah.. Amin..


P/S Buat Semua Kawan-Kawan Sebarkan Berita Ini..

Sunday, August 9, 2009

Tatapan Penuh Cinta

Tatapan Penuh Cinta...

Pernahkah anda menatap orang-orang
terdekat anda saat ia sedang tidur?

Kalau belum, cobalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
bisa jadi akan tampak polos dan jauh
berbeda jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak
akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang
tidur.
Sadarilah, betapa badan yang dulu kekar
dan gagah itu kini semakin tua
dan ringkih, betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda.
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar karena tempaan
hidup yang keras.
Orang inilah yang tiap hari mengurus kebutuhan
kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
mengomeli kita semata- mata karena rasa kasih
dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah
artikan.

Cobalah menatap wajah orang-orang
tercinta itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Istri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
pelan-pelan
saat menatap wajah
lugu yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang tertutupi oleh
kesalah pahaman kecil yang entah
kenapa selau saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu bisa tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka saat
sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan
namun enggan mereka ungkapkan. Dan
ekspresi wajah ketika tidur pun
mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa
lelahnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia
berlelah-
lelah? Tak lain adalah
kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
istri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah melewatkan hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
keharuan seketika membuncah jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok hari

mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
selamanya ...

LELAKI

1. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir.

2. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu
kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya.

3. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama isteri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan 4 ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al-
ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-Imran. Maka sebagai lelaki, jadilah orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

4 Lelaki memang tidak guna keistimaewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan.

5. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah Mar-atun kata terbitan daripada Ro-a yang bermaksud Tempat jatuh pandangan. . Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dlm Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

6.Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

7.lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain Aku sudah matang atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudia saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang2 yg beriman. Ayat 82 surah al-Israa. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

8 " C " Yg Boleh Buat Suami Benci Kepada Isteri

First,sory klau de yg t'sggung..
2nd,sory klau repost..
just nk share dgn korg..


C1.
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..

PeRbAnDiNgAn

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidakseperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu
menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

KiSaH SeOrAnG bUdAk YaNg TerLaMpaU gENiuS

KiSaH SeOrAnG bUdAk YaNg TerLaMpaU gENiuS



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
'Apa sebenarnya masalah awak, Abu?'

Lalu Abu menjawab, 'Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!'.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, 'Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6', Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, 'Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?'. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni:
Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki
idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F'
and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his
wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata 'Baik hantar murid ini ke
Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah'.


p/s: pe jawapan korang...ekekekeke..


Saturday, August 8, 2009

Hikmah Ramadan Yang Bakal Datang

FALSAFAH DAN HIKMAH BULAN RAMADHAN DAN PUASA




"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Al Baqarah 183.

Setiap ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kita seperti puasa, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi, selain merupakan jalan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dan tunduk kepada perintahNya serta menyahut seruanNya, ibadah juga memiliki nilai-nilai sampingan yang amat penting kembali kepada diri kita sendiri mahupun kepada masyarakat. Ia akan memberi kesan yang positif dan tarbiyah yang baik untuk individu mahupun masyarakat keseluruhannya. Puasa adalah salah satu darinya yang memberi tarbiyah secara individu mahupun masyarakat. Hal ini akan tampak jelas setelah kita membahas topik ini.



Selain dari itu, Islam adalah agama fitrah dan setiap perintah dari Allah adalah arahan-arahan yang menghidupkan fitrah dan menjawab keperluan fitrah yang ada dalam diri manusia. Amalan berpuasa adalah salah satu dari hal yang datang dari fitrah manusia, sebagaimana fitrah ‘bertuhan’ dan beragama. Hal ini boleh kita saksikan dalam masyarakat beragama mahupun yang tidak beragama. Mereka melakukan puasa dengan cara-cara tertentu yang mana sebahagiannya memiliki persamaan dengan yang lain, khususnya agama-agama samawi (langit) seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Oleh itu kita boleh mendefinasikan manusia sebagai haiwan yang berpuasa menambah definasi-definasi yang lain seperti ‘haiwan yang berfikir’, ‘haiwan yang bersosial’ dan ‘haiwan yang beragama’.

Puasa juga dari sisi kesihatan adalah baik untuk tubuh badan manusia. Adalah hal yang disepakati bahawa perut adalah sumber penyakit. Iaitu apa yang dimakan, perut yang penuh akan mengundang kemalasan, kebodohan dan penyakit. Sebahagian doktor-doktor pakar di barat sering menganjurkan pesakit-pesakit mereka untuk melakukan puasa untuk menyembuhkan penyakit mereka. Pernah pada zaman Rasulullah S.A.W. seorang tabib datang ke Madinah untuk melakukan tugas-tugas kedoktoran tetapi sekian waktu ia tinggal di sana, tiada pesakit yang datang bertemunya, bila ia bertanya kepada Rasulullah S.A.W.W. kenapa tiada orang yang sakit di Madinah, Rasulullah S.A.W.W. mengatakan bahawa penduduk Madinah adalah orang-orang yang menjaga perut mereka. Malah Rasulullah S.A.W.W. pernah bersabda ‘berpuasalah maka kamu adakan sihat’.

Berbeza dengan ajaran-ajaran yang lain, Islam telah meletakkan puasa pada satu kedudukan yang agung dan memuliakan pengikutnya dengan bulan Ramadhan dan ibadah puasa ini. Puasa benar-benar menjawab keperluan fitrah manusia serta jalan untuk mentarbiah manusia secara individu dan masyarakat dan mendekatkan mereka kepada tujuan penciptaan iaitu maqam kesempurnaan di sisi Pencipta Yang Maha Agung.

Pada perbahasan ini kita akan cuba membongkar falsafah dan hikmah serta hakikat puasa yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. ke atas kita. Mudah-mudahan ia akan membantu kita menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang suci dengan lebih baik dan ibadah kita di dalamnya lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Imam Ali bin Abi Talib bertanya kepada Rasulullah, apakah amalan yang terbaik yang perlu dilakukan pada bulan ini, Rasulullah menjawab, ‘jauhi apa yang diharamkan oleh Allah’

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah tidak lain tidak bukan adalah bulan suci Ramadhan, bulan yang awalnya adalah barakah, pertengahannya adalah rahmat dan penghujungnya adalah pengampunan. Bulan Ramadhan satu-satunya bulan yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran. Bulan yang menjadi penantian para pencinta, lebaran para Auwliyah Allah dan keagungan para perindu. Apakah ada yang lebih baik dari bulan ini? Setiap detik darinya adalah kebaikan. Apakah ada yang lebih agung dari menjadi tetamu Allah? Keistimewaan sesuatu tempat atau waktu adalah disebabkan keterikatan tempat atau waktu itu dengan sesuatu yang agung. Contohnya kota suci Mekkah kerana terdapat rumah Allah dan beberapa perkara yang lain, kota Madinah kerana terdapat kubur Rasulullah di sana. Dan keagungan bulan suci Ramadhan disebabkan beberapa hal yang akan kita bincangkan nanti.

Nama-nama bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda ‘jangan kamu menyebut Ramadhan kerana Ia adalah nama Allah tetapi sebutlah bulan Ramadhan’.

Bulan Ramadhan memiliki beberapa nama-nama yang lain yang mana setiap nama-nama tersebut menghikayatkan akan hakikat keagungan bulan suci ini.

1. Bulan Allah. Ini kerana pada bulan ini Allah mengundang manusia malah setiap makluk menjadi tetamunya. Ia adalah pemiliknya dan menjadikannya lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

2. Bulan puasa. Kerana Allah telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

3. Bulan Al Quran. Allah telah menurunkan Allah Al Quran secara keseluruhannya pada bulan ini dan menjadikan bulan ini sebagai musim Al Quran. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

4. Bulan Islam. Ia berkait rapat akan perintah berpuasa untuk umat Islam dan turunnya Al Quran pada bulan ini yang menjadi pegangan umat Islam.

5. Bulan kesucian. Bulan kita membersihkan jiwa dan rohani kita dari segala penyimpangan dan maksiat di hadapan Allah. Dan apabila kita keluar dari bulan ini dengan penuh kesucian bagaikan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya.

6. Bulan pembersihan. Pembersihan berbeza dengan pensucian, pembersihan adalah membuang segala kotoran yang ada. Setelah pembersihan baru akan berlaku pensucian.

7. Bulan Qiyyam. Bulan yang sepatutnya kita sibukkan diri kita dengan melakukan amal ibadah pada malamnya seperti bertahjud, membaca Al Quran dan bermunajat selain dari siangnya kita berpuasa. Hal ini akan kita bahaskan lebih lanjut lagi.

Ketika Rasulullah bersabda ‘wahai manusia telah datang kepada kamu bulan Allah’ , ini adalah peringatan kepada manusia akan bulan yang agung ini, dimana Allah menyambut tetamuNya dengan barakah, rahmat dan pengampunan. Barakah ertinya adalah kebaikan yang berterusan. Maka bulan ini adalah bulan yang kebaikannya tetap dan berterusan. Manakala rahmat pula adalah anugerah darjat yang tinggi yang diberikan oleh Allah. Dan hanya orang-orang yang berbuat baik yang akan mendapat rahmat Allah.

"sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik" al Araf : 56.

Pada bulan yang mulia ini jalan untuk mendapatkan rahmat Allah lebih mudah berbanding bulan-bulan yang lain, maka marilah kita mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya.

Bulan yang penuh pengampunan, itu adalah janji Allah. Apakah kita ragu dengan janji Allah, apakah pernah Allah mengingkari janjiNya? Atau kita menganggap diri kita tidak pernah melakukan dosa? Apakah ada peluang yang lebih baik dari ini, bulan yang Allah menjanjikan pengampunNya. Kita adalah banduan yang berada dalam penjara kemaksiatan akibat noda-noda yang kita lakukan dan mengharapkan pengampunanNya agar roh dan jiwa kita bebas untuk berada lebih dekat kepadaNya.

Bulan, hari, malam dan detik-detiknya adalah lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Nilai kebaikan di sini ditentukan oleh Allah bukan nilai kebaikan yang kita fahami, Allah yang menentukan bukan kita. Akal kita tidak mampu untuk menjangkau makna kebaikan di sisi Allah, ia hanya ‘dibahasakan’ dengan bulan keberkahan, rahmat dan pengampunan. Jika ada bahasa yang mampu mengambarkan lebih dari itu pasti akan Allah gunakan untuk memahamkan kita akan kebaikan bulan yang agung ini.

Apakah ada yang lebih agung dari menjadi tetamu Allah, para perindu dan pencintaNya pasti menanti saat indah ini berada disamping yang dicintai dan dirindui. Sebelum kedatangan bulan yang suci ini mereka adalah para perindu untuk menjadi tetamuNya. Ketika mereka sedang menjadi tamu mereka menjadi asyik akan keindahan dan kecantikan serta layanan Allah. Tidak mereka melihat kecuali keindahan Jamal Allah. ‘Ya Allah aku memohon dengan keindahan Mu dengan keindahannya dan seluruh keindahan Mu itu indah dan aku memohon kepada Mu dengan segala keindahan Mu’. Petikan dari doa sahur bulan ramadhan.

Menjadi tetamu Allah, kita hendaklah tahu bagaimana menjaga adab sebagai tamu. Jika menjadi tetamu istana, apa yang kita lakukan dan kita ucapkan serta pakaian yang kita kena pada diri kita dalam istana pasti berbeza dengan kebiasaan kita di luar. Begitu juga ketika kita menjadi tetamu Allah, sepatutnya jauh dari apa yang kita lakukan pada bulan-bulan yang lain. Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Ilahiah, akhlak Ilahiah adalah berakhlak dengan akhlak Allah. Akhlak Allah adalah asma(nama-nama) dan sifat-sifat Allah SWT. Kita mesti memenifistasikan asma dan sifat Allah dalam diri kita. Allah adalah pemberi maka kita juga perlu memiliki sifat tersebut. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Dalam menyambut tamu, Allah sendiri yang memberi makan tetamunya, kita juga perlu sedemikian.

‘kamu dalamnya menjadi ahli karamat Allah’. Karamat bukanlah satu hal yang mencerminkan keagungan atau kebesaran tetapi satu sifat yang khusus dan menonjol. Antara tujuan Allah ketika mewajibkan puasa adalah untuk menjadikan orang-orang yang beriman itu bertaqwa. Taqwa adalah syarat karamat(kemuliaan), sifat yang dimiliki oleh para Malaikat(karim). Takwa meletakkan kedudukan seorang mukmin pada maqam yang paling tinggi. Maqam kemuliaan yang menghindarkan maksiat kepada Allah. Ahli karamat Allah adalah orang-orang yang memelihara diri mereka dari melakukan dosa, lebih lagi ketika mereka menjadi tetamu Allah. Ini akan membuat mereka menjadi lebih dekat kepada Allah berbanding para Malaikat.

Taqwa berasaskan ibadah, dan ibadah ini dilakukan atas dasar cinta kepada Allah. Imam Jaffar As Sadiq mengatakan, ‘kami tidak menyembah Allah kecuali kerana cinta. Bukankah agama adalah kecintaan?’ tidak semua orang mampu mencapai maqam kecintaan kepada Allah. Allah adalah cita-cita orang yang mencintaiNya, bukan angan-angan atau pengharapan. Cita-cita akan mendorong kita untuk bergerak walau dari awalnya tiada kemampuan, ia akan membentuk kesabaran, kesungguhan dan ketenangan dalam mengharungi kehidupan. Kerinduan kepada Allah akan menarik manusia kepadaNya bukan selainNya, dan tidak melihat selain dariNya walau syurga sekali pun tidak akan ada nilai. Kecintaan dan kerinduan akan mendorong kita untuk mewujudkan cita-cita.

Ketika melihat orang sibuk dengan dunia, Imam Ali Zainal Abidin, cucu Rasulullah yang terkenal dengan banyak ibadah dan sujud, berdoa;

Segala puji bagi Allah…aku bersaksi bahawa Allah telah membahagi rezki hamba-hambaNya dengan adil dan mengambil dari seluruh makhlukNya dengan kemuliaan. Ya Allah, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya. Jangan Kau uji aku dengan apa-apa yang telah Kau berikan kepada mereka dan janganlah Kau uji mereka dengan apa-apa yang Kau larang bagiku. Sehingga aku akan dengki terhadap ciptaan Mu dan memandang rendah hukum Mu……lindungilah aku dari memandang rendah orang yang berilmu dan memandang mulia orang yang berharta. Sesungguhnya kemuliaan dimiliki seseorang melalui ketaatannya dan keutamaan dimiliki seseorang atas ibadah-ibadah yang dilakukannya’. Petikan dari doa dalam As Shahifah As Sajjadiyyah.

"…..nafas-nafas kamu pada bulan itu tasbih, dan tidur kamu di dalamnya ibadah dan amalan kamu di dalamnya diterima, dan doa-doa kamu di dalamnya diperkenankan, maka mintalah kepada tuhan kamu dengan niat yang benar dan dengan hati yang bersih untuk memberi kamu taufik untuk berpuasa untukNya dan membaca kitabNya. Sesungguhnya celaka sesiapa yang mengharamkan pengampunan Allah pada bulan yang agung ini…."


Bagi para perindu dan pencinta setiap langkah dan geraknya serta nafasnya adalah usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada yang dirindui dan dicintai. Setiap nafas adalah panggilan kecintaan dan ini pasti memiliki nilai di sisi yang dicintai. Bila Allah adalah yang dicintai dan dirindui, dan pecintaNya dan perinduNya kini menjadi tetamuNya, nafas yang mulanya adalah nafas kerinduan kini bertukar menjadi nafas yang asyik akan keAgungan dan keIndahanNya, ia adalah tasbih memuji akan keBesaranNya. Bagai seorang yang menyebut ‘ahh’ kerana kesakitan atau menarik nafas panjang ketika gelisah begitu juga nafas seorang pencinta, perindu dan asyik kepadaNya. Allah tidak akan mempersiakan pecinta, perindu dan yang asyik kepadaNya. Nafas-nafas mereka adalah apa yang difirmankan oleh Allah dalam kitab suci Al Quran "mereka yang mengingati Allah dengan zikir yang banyak". Kita memahami bahawa hal ini juga berlaku di luar bulan suci Ramadhan, tetapi untuk bulan Ramadhan ia pasti memiliki makna yang jauh lebih agung.

Kita mengetahui bahawa setiap perbuatan seorang mukmin itu ibadah, baik kerjanya, makannya, belajarnya mahupun tidurnya. Jika hal yang telah jelas disebut lagi sebagaimana dalam Rasulullah S.A.W. yang di atas, ‘tidur kamu di dalamnya ibadah’, pasti memiliki makna lain atau hakikat yang berbeza dari makna ibadah pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Jika tidur itu ibadah apakan lagi perkerjaan yang lain seperti bekerja untuk menyara keluarga, menuntut ilmu, mengajar atau hal-hal yang lain, jika dilakukan dengan niat yang benar pasti akan mendapat perhatian khusus dari Allah dalam bulan yang mulia ini, kerana ‘amalan kamu di dalam bulan ini diterima’. Ini belum termasuk ibadah-ibadah khusus yang akan kita bincangkan sepanjang perbahasan ini.

Doa-doa kamu di dalamnya diperkenankan’, bayangkan jika kita menjadi tetamu seorang yang amat kaya, lalu ia berkata kepada kita, mintalah apa saja yang kamu mahukan dalam waktu yang singkat ini (waktu menjadi tamu), pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk memohon hajat kita kepadanya. Tetapi pada bulan Ramadhan, kita menjadi tetamu pencipta segalanya, yang melihat seluruh manusia itu faqir dan Dialah yang Maha Layak di Puji dan Maha Kaya. Yang Maha Kaya ini meminta kita untuk memohon kepadaNya…..apa saja…Ia pasti akan memperkenankan. Apakah kita wajar melepaskan peluang ini dan membiarkan ia berlalu begitu saja? Tetapi apakah permintaan sewajarnya yang patut kita pohon kepada Allah ketika ia menjanjikan akan memperkenankan doa-doa kita? Ada seorang yang berdoa dihadapan Rasulullah dengan mengatakan ‘ya Allah ampunilah Nabi dan aku’. Lalu Rasulullah bersabda "kenapa kau batasi rahmat Allah? Kenapa hanya aku dan kamu? Katakanlah seluruh orang-orang mukmin", "jika salah seorang dari kalian berdoa, maka berdoalah untuk orang banyak, sesungguhnya itu cepat dikabulkan".

Imam Hassan Al Mujthaba cucu Rasulullah, pemimpin pemuda syurga, mengisahkan bagaimana ia menyaksikan ibunya Fatimah Az Zahra binti Rasulullah, selawat dan salam Allah ke atas mereka, penghulu wanita sekian alam, sesudah mendirikan solat malam, mendoakan ramai orang sambil menyebut nama-nama mereka, lalu Imam Hassan yang ketika itu masih kecil bertanya kepada ibunya, kenapa nama-nama orang lain didahulukan, lalu wanita suci itu menjawab, ‘pertama jiran kemudian baru anggota rumah’.

Kenapa kita susah untuk mendoakan orang lain, memohonkan kesejahteraan untuk mereka, apakah kita perlu bakhil dengan apa yang bukan milik kita, Allah memiliki sifat pemurah maka kita juga perlu sedemikian. Selain dari itu untuk bulan yang mulia ini Rasululluh mengajar kita dengan mengatakan ;

mintalah kepada tuhan kamu dengan niat yang benar dan hati-hati yang bersih untuk menjayakan kamu berpuasa untukNya dan membaca kitabNya.’ Rasulullah mengajar kita untuk memohon kepada Allah sesuatu yang di luar batas-batas material, sesuatu yang jauh lebih hebat dari kenikmatan material, iaitu kekuatan berpuasa untuk Allah dan membaca kitab suci Al Quran. Diri kita sering diikat dengan belengu-belengu material, kini masanya untuk kita mengangkat darjat keinsanan ke maqam insanul kamil, insan yang sempurna di sisi Tuhan Yang Maha Pengampun. Antara jalan-jalan yang perlu dilalui oleh para pencinta dan perindu kepada Allah, mudah-mudahan Allah memasukkan kita dari golongan tersebut, dengan memuliakan diri dengan berpuasa pada bulan suci Ramadhan dan membaca kitab suci Al Quran.

Puasa

Kalimah ‘saum’ atau puasa ertinya dalam bahasa arab adalah menahan diri dari melakukan apa juga perbuatan seperti makan, minum, berjalan, berkata-kata dan lain-lain lagi. Kalimah ini telah digunakan oleh orang-orang arab sebelum kedatangan Islam dan berbeza dari apa yang difahamkan oleh syariat kepada kita hari ini.

Firman Allah dalam surah al Baqarah, ayat 187
"makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam(fajar), kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam" dan di ayat 183

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"
Dari kedua ayat di atas kita boleh melihat ibadah puasa yang dijalankan ada dua sisi iaitu jasmani dan rohani. Ayat yang pertama mengisyarahkan kepada unsur jasmani, iaitu orang yang berpuasa perlu menahan diri dari makan dan minum dan unsur-unsur kenikmatan yang lain. Dalam bab fekah kita mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Jika orang yang berpuasa menjaga hal-hal tersebut, puasanya di anggap sah. Tetapi apakah bererti puasanya akan diterima oleh Allah? Kita dapat melihat hampir seluruh umat Islam yang sudah mencapai maqam baliq mengerjakan ibadah puasa. Mereka berlapar dahaga hingga sampai waktu azan maghrib dan bila tiba waktu berbuka, mereka menikmati juadah puasa tetapi berapa ramaikah antara kita memiliki prespektif pelik akan ibadah yang mulia ini hingga sebahagian dari kita menganggapnya sebagai satu ritual kebudayaan atau keterpaksaan?.

Oleh kerana orang semua berpuasa maka kita juga berpuasa. Apakah ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa waktu kita berlapar dahaga seakan kita berada dalam penjara dan bila tiba waktu berbuka, dengan lahapnya kita membalas dendam kelaparan sepanjang hari?. Apakah kita tidak ubah umpama lembu yang semalaman di kurung dan bila waktu dilepaskan, berebut-rebut melahap rumput? Apakah layak kita menjadi tetamu Allah dengan berpakaian haiwan? Kita sendiri meletakan diri kita seperti haiwan malah lebih buruk dari haiwan. Mungkin dari sisi fekah puasa kita sah tapi apakah diterima oleh Allah, satu hal yang berbeza.

Pada sudut yang lain, puasa adalah unsur rohani. Ayat yang kedua Allah menjelaskan bahawa sebab kenapa manusia diwajibkan berpuasa adalah untuk mencapai darjat kebersihan diri dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda, "untuk setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat badan adalah puasa". Puasa adalah proses pembersihan badan manusia, tetapi bukan hanya unsur jasmani sahaja tetapi termasuk rohaninya sekali. Taqwa adalah unsur yang bersangkutan dengan rohani dan spritual manusia, tanpanya puasa itu hanya sekadar berlapar dahaga saja. Dengannya puasa kita akan diterima oleh Allah. Taqwa mengangkat kita ke darjat kemuliaan dan kebebasan. Bebas dari menjadi hamba selain dari Allah, khususnya hamba kepada hawa nafsu kita kepada menjadi hamba Allah. Kehinaan maqam haiwaniah ke maqam kemuliaan insaniah. Dari kedudukan yang jauh dari Allah menjadi dekat kepadaNya. Dari maqam kekalahan kepada kedudukan kemenangan. Dari perlaku maksiat kepada kelazataan ketaatan.

Taqwa adalah hal yang berasaskan kecintaan bukan ketakutan sebagai yang dianggap oleh sebahagian orang. Ibadah kepada Allah kerana cinta kepadanya bukan kerana tamakkan syurgaNya atau takutkan seksaanNya. Hadis Rasul ada menyebutkan "Allah itu indah dan menyukai setiap yang indah" , apakah yang indah itu menakutkan atau akan membuat kita mahu lebih hampir kepadanya?. Ketakutan itu perlu ada tapi disebabkan kekurangan yang kita miliki baik dari ibadah mahupun kesyukuran yang kita panjatkan kepadaNya. Maka perindahkanlah ibadah kita kerana Allah menyukai yang indah.

Oleh itu puasa bukan saja menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkannya secara jasmani saja tetapi merangkumi hal-hal yang bersifat spritual juga. Setiap dosa dan maksiat seperti mengumpat, melihat perkara yang haram, mendengar perkara yang diharamkan oleh Allah secara kerohaniannya telah membatalkan puasa, walau secara fekah ia sah. Puasanya itu hanya tinggal sebagai puasa jasmani saja dan tidak memiliki nilai di sisi Allah. Sebagaimana yang disebut dalam petikan hadis tentang bulan suci Ramadhan ini, "……perliharalah lidah-lidah kamu, tutuplah mata-mata kamu dari apa yang tidak halal untuk kamu melihatnya dan pekakkan telinga kamu dari apa-apa yang kamu dilarang untuk mendengarnya…."
Khususnya untuk para wanita, amati jawapan Rasulullah terhadap soalan anaknya Fatimah Az Zahra, selawat dan salam Allah ke atas mereka, tentang sifat wanita yang baik, "wanita yang baik adalah yang tidak dilihat oleh yang bukan muhrim dan tidak melihat yang bukan muhrim".

Dalam sebuah hadis qudsi yang mahsyur Allah S.W.T berfirman "Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya"
Bulan adalah bulan Allah, kita adalah tetamunya, antara adab yang Allah telah wajibkan kita ketika menjadi tetamunya adalah berpuasa, maka puasa itu milik Allah S.W.T. malah setiap doa dan ibadah yang lain kita lakukan juga adalah milik Allah. Allah sendiri yang akan memberi ganjaran bagi orang yang berpuasa, dan tidak ada ganjaran yang lebih agung dari berjumpa dengan Allah. Sabda Rasulullah ‘orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Allah’. Jika kita telah sampai ke maqan hakikat puasa bererti kita akan sentiasa bertemu dengan Allah dan akan abadi dengan keabadian Allah. "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang berkuasa" Al Qamar 54-55.

Munajat orang-orang taat kepada Allah, Imam Ali Zainal Abidin

Ya Allah, berilah kami ilham untuk taat kepada Mu, jauhkan kami dari maksiat kepada Mu, mudahkan keinginan kami untuk sampai pada ridha Mu.

Letakkan kami di tengah-tengah taman Mu, hapuskan awan was-was yang menghalangi pandangan kami, bukalah keraguan dan tabir yang menutupi hati kami.

Hapuskanlah kesalahan dari batin kami, tetapkan kebenaran di dalamnya, sesungguhnya keraguan dan prasangka menyuburkan fitnah dan mengeruhkan kurnia dan kemurahan. Ya Allah, angkatlah kami dengan perahu keselamatan Mu, berilah kami kenikmatan dalam bermunajat kepada Mu, berilah aku minum dari telaga cinta Mu, biarlah kami merasakan manisnya kasih sayang dan kedekatan dengan Mu.

Jadikan jihadku hanya untuk mencari redhaMu, cita-citaku untuk taat kepada Mu, bersihkan niatku dalam bermuamalah dengan Mu dan untuk Mu, dan tiada wasilah untuk kami kepada Mu kecuali dengan Mu.

Ya Ilahi , tempatkanlah aku di antara orang-orang yang terpilih yang baik, pertemukan aku dengan orang-orang soleh yang bijak yang mendahului meraih kemuliaan, yang berlumba-lumba dalam kebaikan yang beramal sisa amal soleh, yang berusaha untuk meraih darjat yang tinggi.

Sesungguhnya Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu dan suka mengabulkan dengan rahmat Mu wahai yang Terkasih dari semua yang mengasihi.
Sabda Rasulullah,

orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah"

Pada perbahasan sebelum ini kita telah mengatakan bahawa puncak dari kenikmatan berpuasa adalah bertemu dengan Allah. Tiada nikmat yang lebih agung dari itu. Satu lagi nikmat orang yang berpuasa adalah ketika ia berbuka. Imam Jaffar As Sadiq, salah seorang dari keturunan Rasulullah, yang di anggap sebagai guru kepada mazhab empat, mengatakan, "Allah mewakilkan seribu malaikat yang mengusap muka orang yang sedang berpuasa dan kehausan pada hari yang sangat panas sampai waktu berbuka. Pada saat itu mereka memberikan khabar gembira kepadanya dan ketika ia hendak berbuka Allah berfirman kepadanya. ‘Alangkah wanginya kamu dan alangkah wanginya ruhmu, wahai malaikat-malaikat Ku, saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni dosa-dosanya.’". Alangkah bahagianya orang-orang yang puasanya diterima oleh Allah. Mereka berjaya meletakan diri mereka kepada kedudukan kemuliaan, mereka adalah orang-orang yang mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka. Mereka pada maqam berbicara dan berdailog dengan Allah. Setiap kali mereka menyebut "Ya Allah" ketika berbuka "Ya Allah untuk Mu aku berpuasa dengan rezki Mu aku berbuka dan ke atas Mu aku bertawakal", Allah akan menyahut panggilan mereka "wahai hamba Ku". Segala keinginan mereka akan diperkenankan oleh Allah, kerana pada waktu berbuka adalah antara waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa kepada Allah. Pasti para pencinta Allah tidak akan melepaskan peluang untuk berdailog dan berbicara dengan yang dicintai.
Bulan Al Quran
Sabda Rasulullulah "setiap sesuatu ada musimnya, Bulan Ramadhan adalah musim Al Quran"

Pada musim bunga, kita akan menyaksikan bunga-bunga bersemi indah, dan semua orang akan dapat menikmati keindahannya. Begitu juga jika musim buah-buahan tertentu, dimana-mana kita akan melihat orang menikmati buah tersebut. Bulan Ramadhan adalah bulan Al Quran dan musim Al Quran. Sewajarnya orang-orang mukmin yang berpuasa menyibukkan diri mereka dengan Al Quran, dengan membaca dan tadabur (meneliti ayat-ayat Al Quran). Sabda Rasulullah dalam sambungan hadis tentang bulan Ramadhan di atas; "sesiapa yang membaca satu ayat dari Al Quran, untuknya pahala seseorang yang mengkhatamkan al Quran pada bulan-bulan yang lain" , kenapa mesti kita lepaskan peluang ini, kenapa kita tidak indahkan puasa kita dengan membaca ayat-ayat Allah. Dalam sebuah hadis Qudsi , Allah bertanya kepada Nabi Musa a.s., ‘kenapa kau tidak bermunajat kepada ku Musa?, Nabi Musa menjawab; ‘aku berpuasa dan orang yang berpuasa mengeluarkan bau yang busuk dari mulutnya’, maka Allah berfirman ‘bau ini wangi di sisi para malaikat, maka tiada yang menghalang kau dari bermunajat’ Rasulullah bersabda, ‘Demi yang jiwa Muhammad di tanganNya bahawa bau busuk dari mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari misk (minyak wangi dari darah kijang)’.


Kurangkan percakapan perbanyakan membaca Al Quran. Sabda Rasulullah ‘perbaguskan mulut-mulut kalian kerana sesungguhnya mulut-mulut kalian ada jalan laluan Al Quran’. Seorang guru akhlak pernah mengatakan, ‘jika kamu ingin Allah berbicara dengan kamu, bacalah Al Quran, kerana ia adalah kalam Allah, jika kamu ingin berbicara dengan Allah banyakkan solat dan bermunajat kepadaNya, dan jika ingin tahu akan perpustakaan rahsia Allah, ziarahlah kubur, kerana di situ tersimpan rahsia-rahsia Allah’. Kita menjadi tetamuNya, Ia ingin berbicara dengan kita dan kita berbicara denganNya, maka hendaklah kita banyak membaca Al Quran dan mendirikan solat. Jika kita mampu, dalam bulan yang mulia ini kita khatamkan al Quran setiap hari, jika tidak, tiga hari sekali, jika tidak dengan tiga kali khatam, jika tidak mampu juga dengan sekali khatam.

Jagalah hak-hak Al Quran, Al Quran akan menjaga hak-hak kita. Setiap bau busuk yang keluar dari mulut orang yang berpuasa adalah wangian bagi para Malaikat, dan mereka akan memuji-muji wangian tersebut. Jangan kita jual percakapan kita dengan harga yang murah kerana nilai kita adalah syurga, jangan kita jual dengan harga yang lebih murah dari syurga. Jadikan mulut-mulut kita sebagai laluan kalam Allah dan jangan sebagai jalan untuk bermaksiat kepadaNya.

Al Quran yang suci diturunkan pada bulan yang suci, pada malam yang suci dan pada jiwa yang suci. "kami telah turunkannya (al Quran) pada malam Al Qadr". Al Quran Adalah hadiah Allah kepada Rasulullah dan umatnya atas kebersihan dan kesucian diri yang telah mereka lakukan dengan menjalankan ibadah puasa. Al Quran begitu agung diturunkan secara ‘daf’ie’ sekali gus, pada malam Al Qadr ke dalam dada Rasulullah dan Rasulullah ajarkan kepada umatnya, tetapi mereka mesti disucikan terlebih dahulu, sebagaimana firman Allah "Dialah yang telah mengutus pada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan mensucikan mereka dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan sesunggunya mereka sebelum ini berada dalam kesesatan yang nyata". Asas kepada pendidikan Al Quran adalah penyucian, selagi tidak suci, selagi itu Al Quran tidak akan memberi manafaat malah akan memudaratkan. Bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian dengan berpuasa, hadiah yang Allah berikan kepada para tetamuNya adalah Al Quran. Ia adalah kalam Allah yang datang dari Allah sendiri. "Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya", Al Quran adalah antara ganjaran Allah, mujizat Allah dan pedoman untuk orang mukmin sepanjang zaman.

Imam Ali bin Abi Talib ketika mensifati Al Quran, mengatakan ‘Allah telah menjadikan Al Quran minuman untuk dahaga para ulamak dan musim semi untuk hati-hati para fuqaha dan tujuan untuk perjalanan orang-orang soleh, dan penyembuh yang tiada sakit selepasnya, cahaya yang tiada bersamanya kegelapan’.

Setelah khatam Al Quran, Imam Ali bin Abi Talib membaca doa; "Ya Allah lapangkanlah hati kami dengan Al Quran, perlakukanlah badan kami dengan Al Quran, pergunakanlah lidah kami dengan Al Quran, dan bantulah kami ke atas Al Quran sepanjang Kau kekalkan kami, sesusungguhnya tiada kuasa dan kekuatan kecuali dengan Mu"

"Sesungguhnya celaka sesiapa yang mengharamkan pengampunan Allah pada bulan yang agung ini…"

Apakah ada yang lebih musibah dari ini? Bila Allah mahu mengampunkan kita, kita yang mengharamkan diri kita dari menerima pengampuan Allah. Kita sombong dengan kejahilan kita, angkuh dengan maksiat yang kita lakukan, khususnya pada bulan ini. Zahirnya mungkin kita berpuasa, tetapi dalam waktu yang sama, lidah kita adalah senjata tajam yang memakan daging-daging saudara kita dengan memperkatakan mereka di belakang mereka (ghaiba). Mata kita adalah anak-anak panah iblis yang memandang kepada perkara-perkara yang Allah telah haramkan untuk kita melihatnya. Telinga-telinga kita begitu asyik mendengar hal yang ghaiba dan haram. "tutuplah mata-mata kamu dari apa yang tidak halal untuk kamu melihatnya dan pekakkan telinga kamu dari apa-apa yang kamu dilarang untuk mendengarnya…."

Anggota badan kita kini telah menjadi tentera syaitan. Kita telah membuka rantai-rantai syaitan yang telah di rantai oleh Allah pada bulan yang suci ini. "dan para syaitan akan di rantai pada bulan ini dan mintalah dari Allah untuk dilindngi dari dikuasai oleh mereka". Kita telah membuka seluasnya pintu-pintu neraka yang telah ditutup oleh Allah pada bulan yang mulia ini. "dan pintu-pintu neraka tertutup maka mintalah dari Tuhan kamu supaya ianya tidak terbuka untuk kamu". Kita sendiri yang menjauhkan diri kita dari rahmat Allah. Kita sendiri yang telah membina tembok pemisah antara kita dengan pengampunan Allah. Dimanakah kita akan meletakan muka kita apabila segala amalan diperlihatkan. Kita anggap remeh hal itu disebabkan kita tidak yakin tentangnya. Kita hanya ada ilmu tentang hari pembalasan tapi tidak yakin. Yakin adalah maqam yang agung dan orang-orang yang semacam kita jauh dari memilikinya.

Apabila kita berpuasa kita hanya faham kita tidak boleh makan dan minum. Dan apabila berbuka kita makan dengan lahapnya. Puasa kita tidak ada rohnya sama sekali, seperti badan yang tanpa nyawa, tanpa roh…bangkai…puasa kita adalah umpama bangkai. Kita tidak puasakan mata, telinga, akal fikiran dan anggota badan kita yang lain dari hal yang haram.

"ingatlah kelaparan dan dahaga kamu dalan bulan itu lapar dan dahaga pada hari kiamat"

Berpuasa memiliki tiga hikmah, dan dalam syariat disebutkan ketiga-tiga bentuk hikmah ini. Yang pertama adalah makna awam iaitu ketika Allah mewajibkan ke atas kita puasa supaya yang kaya antara kita akan merasai bagaimana kehidupan yang dialami oleh orang-orang yang susah antara kita. Ini akan menimbulkan sifat tawadhu dan rendah diri orang yang berada dan akan membuat mereka tidak merasa bakhil untuk mengeluarkan harta mereka membantu orang-orang yang memerlukan.

Hikmah yang kedua dari berpuasa adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas, ini makna khas, supaya lapar dan dahaga kita, baik yang kaya mahu pun yang miskin akan menyedarkan kita bahawa satu hari nanti, pada hari perhitungan di pandang mahsyar yang mana kita akan merasa dahaga dan lapar, mengharapkan akan perhitungan Allah dipercepatkan. Maka itu dengan mengingatkan kelaparan dan kehausan pada hari tersebut kita akan membetulkan puasa kita agar ia memiliki roh dan akan diterima oleh Allah.

Hikmah yang ketiga adalah makna khas yang khusus. Iaitu menjadikan manusia lebih baik dari para malaikat. Ini adalah makna agung dari puasa, menjadikan manusia insannul kamil. Malaikat sebagaimana yang kita tahu adalah makhluk yang dekat dengan Allah, mereka memiliki akal dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka tidak makan dan tidak minum kerana ciptaan asal mereka sedemikian berbeza dengan manusia yang Allah ciptakan memiliki akal dan nafsu. Allah letakkan syariat untuk dipatuhi oleh manusia, supaya mereka mencapai maqam yang lebih agung dari malaikat, lebih dekat kepadaNya berbanding malaikat. Puasa adalah salah satu antara perintah Allah ke atas manusia. Manusia yang memiliki nafsu dan keinginan untuk makan, kerana taat kepada Allah ia tinggalkan makan dan minumnya. Oleh kerana maqam manusia ini begitu hampir kepada Allah, maka Allah sendiri yang memberi balasan orang yang berpuasa.

"Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya".
Tetapi ada satu lagi jenis puasa yang terkeluar dari ketiga-tiga makna di atas, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah , ‘berapa banyak orang berpuasa dan tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Berapa banyak orang bangun di malam hari untuk ibadah, tidak mendapatkan apa-apa kecuali berjaga malam saja

Mudah-mudahan Allah tidak memasukkan kita dalam golongan ini, yang rugi di dunia dan akhirat.

"dan bersedekahlah ke atas para fakir dan miskin kamu,"

Ambillah peluang untuk bersedekah kepada fakir miskin, memberi dan tidak meminta adalah sifat Allah, bersifatlah dengan sifat Allah, berilah atas kemampuan kita dan ia tidak akan memfakirkan kita. Sifat memberi dan bersedekah ini adalah sifat orang yang mengerjakan solat. Dalam surat Al Ma’arij dari ayat 22 hingga 35 Allah mengkhabarkan sifat-sifat oleh yang mendirikan solat antaranya ayat 24 dan 25 " yang mereka itu berterusan dalam solat mereka. Dan orang-orang yang dalam hartanya ada hak-hak yang tertentu. Untuk orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta".

Bulan ini dan berpuasa mengajar kita untuk bersederhana dalam kehidupan dan tidak boros kerana Allah membenci orang yang boros dan menganggap mereka sebagai saudara syaitan. Orang-orang yang benar puasa mereka adalah orang-orang yang benar dalam solat mereka. Mereka mengetahui pada rezki yang Allah berikan kepada mereka ada hak-hak orang lain yang Allah kirim melalui mereka. Cukup untuk mereka kadar yang tertentu dari rezki yang telah dilimpahkan ke atas mereka.

"hormatilah orang-orang tua kamu dan berilah belas kasih kepada anak-anak kamu".

Antara perkara yang mendukung ketaqwaan adalah penghormatan ke atas orang-orang tua kita, ibu dan ayah kita. Derhaka kepada mereka adalah antara maksiat yang paling besar. Ketika Allah berfirman "janganlah kamu katakan kepada kedua orang tua kamu "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkan diri kamu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, wahai Tuhanku , kasihanlah mereka berdua, sebagaimana mereka telah memeliharaku sewaktu kecil" al Isra, ayat 23-24.

Wahai tetamu Allah marilah kita memperlipatkan kasih sayang dan penghormatan kita kepada kedua ibu bapa kita khususnya pada bulan yang mulia ini. Allah memuliakan mereka dan menjadikan keredhaan mereka sebagai syarat keredhaanNya. Jika mereka masih hidup, hendaklah kita berbakti kepada mereka, buatlah hati mereka senang, jangan derhaka kepada mereka. Jika Allah melarang untuk kita mengatakan ‘ahh’ kepada mereka apa lagi jika kita mengherdik mereka dan memperlakukan yang tidak wajar kepada mereka. Ambillah peluang untuk memperbaiki kesalahan kita ke atas mereka sementara mereka masih hidup. Dapatkan keredhaan Allah melalui keredhaan mereka. Tingkatkanlah ketaqwaan kita dengan menghormati mereka pada bulan yang sepatutnya kita mencapai maqam taqwa. Jika mereka sudah tiada lagi, jangan merasa puas dengan mendoakan mereka, buatlah kebaikan dengan atas nama mereka. Mudah-mudahan doa-doa kita akan menemani mereka dalam kesunyian alam kubur.

Kita juga mesti memenuhkan hari-hari kita dengan rasa kasih sayang kepada anak-anak kita. Berikan mereka sarana pendidikan yang terbaik yang kita mampu berikan. Terapkan nilai-nilai akhlak yang universal kepada mereka, agar mereka membesar dengan mengetahui apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi peribadi yang mulia. Tetapi jangan kita paksakan untuk menerapkan kepribadian kita kepada mereka kerana mereka akan hidup dalam alam yang berbeza dari kita.

Rasulullah bersabda, ‘siapa yang memiliki anak kecil, hendaklah menjadikan dirinya kecil untuk anaknya’. Sudah tentu yang dimaksudkan oleh Rasulullah di sini adalah berperangai seperti anak kecil, agar mereka dapat bermain dengan ibu bapanya. Ciumlah mereka selalu sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Rasulullah bersabda, ‘siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi’. Mengenai pendidikan dan hubungan anak dan orang tua, kita perlu merujuk lebih lanjut lagi kepada buku-buku yang membahaskan hal tersebut.

"berbuat baiklah ke atas anak-anak yatim, maka anak-anak yatim kamu akan diperlakukan dengan baik juga"

Perhatikan anak-anak kita, bagaimana keadaan mereka jika kita tiada lagi di atas muka bumi ini. Bagaimana perasaan mereka kehilangan kasih sayang dan tempat berlindung ketika mereka masih kecil. Nilai perasaan itu, kita akan tahu, kita kalau boleh tidak mahu meninggalkan mereka dalam usia mereka masih kecil. Hal ini akan membuat kita sedar bagaimana perasaan anak-anak yatim yang ada. Berbaktilah kepada mereka, buat sesuatu hingga mereka menganggap kita adalah ayah dan ibu mereka. Muliakanlah mereka, Allah akan memuliakan kita, khususnya pada bulan yang mulia ini. Sesiapa yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia bertemu denganNya. Ketika Imam Ali bin Abi Talib syahid, anak-anak yatim kota Kufah yang paling bersedih kerana ketika Imam Ali masih hidup mereka merasakan kasih sayang seorang ayah. Dengan permergiannya maka baru mereka tahu apa erti keyatiman.

"bertaubatlah kepada Allah terhadap dosa-dosa kamu"

Jiwa kita tidak tenang akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan, bertaubatlah kepada Allah dengan menyesali apa yang telah kita lakukan dan berikrar untuk tidak mengulanginya lagi serta memperbaiki diri kita. Taubat yang di terima oleh Allah akan membuat diri kita bersih dan akan membuat kita menjadi manusia yang lebih baik. Bertaubat kepada Allah tidak hanya pada bulan Ramadhan tetapi alangkah indahnya ketika kita menjadi tamuNya kita bertaubat kepadaNya kerana Ia menjanjikan untuk memperkenankan segala hajat kita.

Sumber : http://pakbeb-alattas.blogspot.com/