Thursday, July 30, 2009

Ciri-Ciri Wanita Yang Diminati Lelaki

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.



P/S : Kepada Kawan Sila KOMEN!! Ahaks...

Lelaki Idaman Wanita




Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

P/s : Kepada Semua Lelaki Baca Menda nih... Orang pompuan cari lelaki yg ada ciri-ciri ini betul ka? Tepuk dada tanya selera hati anda semua.. :)

Kelebihan Bulan Rejab


Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Coretan Cinta :)







Cinta itu sesuatu yang unik, kunikan itu hanya dapat dimiliki apabila mencintai kelemahan dan bukannya kelebihan.

Rindu yang kau utuskan sukar bagiku untuk mengikisnya, Apalah ubat dan penawar pada hati yang sering kerinduan? Andaiku punya sayap, Pasti akan ku terbang disisimu.

Nekadku katakana kaulah pilihan terbaik untukku jadikan permaisuri, Mustahil bagiku untuk beralih arah walau ribut melanda, Akan kuhalang walau nyawa jadi taruhan.

Telah lama diriku ini menyendiri, Namun kehadiranmu merubah segalanya, Kau berikanku jambangan kasih yang mewangi hingga tak terdaya aku melupakannya sayang.

Kau umpama sinar mentari yang menyinari hatiku ini, Bagaikan tongkat yang menampung perjalananku, Tiada yang lain kupinta darimu, Cuma kesetiaan dirimu mencintaiku.

Cinta yg dtg tidak ku undang, Hadir dari hati yg luas terbentang, Tidak ku hirau akan dugaan yg dtg, Akan ku halang agar cintaku terhadapmu tak akan hilang.

Angin yang bertiup seolah menegur lamunanku, Cahaya memancar seolah menegurku, betapa aku terlalu rindu terhadap mu, Hingga matahari dan angin menjadi saksi

Jika kau lihat langit yang tinggi, Tinggi lagi kasihku padamu, Awan yang berhimpun memuji keayuanmu dan tiada bunga yang lebih wangi dari bunga cintamu dihatiku.

Bergelora hatiku tatkala melihat wajahmu yang cukup manis dipandangan mataku, Hingga melayari mimpiku. duhai kasih ketahuilah hanya kau yang bertakha disanubariku.

Sayang kita akan bina mahligai bahagia bersulamkan bintang – bintang kasih saying dan cinta yang hakiki. Ku bermohon supaya impian kita menjadi reality.

Terima kasih kerana sudi menjadi pedoman dikala sepi. Pengorbananmu tidak mampuku balas, Hanya cinta yang tulus dan suci dapatku persembahkan untukmu.

Aku sering melihat dan mengintaimu disetiap kesempatanku, Sayangnya kesempatan yang ku ada terbatas waktunya, Terlalu singkat masanya, Dan sering dicuri curiga.

Aku ingin menjadi permaisuri hidupmu, Dimata dan dihati. Itupun kiranya hatimu belum terisi,itupun kiranya kau sudi.

Dadaku berdebar tatkala melihat senyuman manismu, Hingga tidak lena aku beradu. Hatiku diulit perasaan ingin mengasihimu sepenuh jiwa. Dapatkah kau merasakannya?

Hadirmu bagaikan rembulan yang menyinari hidupku sewaktuku kegelapan. Segunung azam telah ku himpun agar dikau menjadi miliku yang abadi hingga akhir hayat.

Percayalah wahai kasih, kaulah satu – satunya permata hatiku yang tiada tolok bandingan,Kau tetap tersemat di kalbuku. Akan kita bina istana yang kita impikan.

Indahnya musim musim cinta bersamamu. Kita susuri lorong lorong kenangan ditangga harapan. Jatuh dan rebah bangkit bersama. Dan hari ini aku rindu untuk mengulanginya semula.

Kau terlalu berharga buatku kerana kau adalah cintaku, kerana kau adalah duniaku, nyawaku. Lalu bagaimana harusku hiduo tanpa kasih sayangmu, tanpa cintamu.

Selama hayat ini ingin sekali rasanya aku hidup dibawah lindunganmu andai kau sudi memayungi hidup ini dengan kasih sayangmu.

Aku tak ingin hidup dengan simpati dan pengorbananmu. Aku ingin hidup dengan kasih sayangmu. Lena dalam dakapanmu. Lemas dalam lautan asmaramu.

Walaupun kau tiada disisi. Tunas kasih mu telah aku biarkan subur dihalaman asmara, mekar disirami oleh rintik rintik cinta dan segar disapa embun embun asmara

Cintaku padamu haruskah ditebus dengan 1000 duka, kerana aku hanyalah masa masa lalumu yang kau biarkan hidupnya kering tanpa kasih sayangmu, layu tanpa perhatianmu.


P/S Aku Cedok dari Mana dah lupa... semua nih Coretan cinta khas utk yg jiwang-jiwang termasuk aku... ahask!!

Wednesday, July 29, 2009

Pagi Isnin Yang Tensen & Membosankan

Hari ini datang pagi-pagi ke ofis dah ada macam-macam masalah berpunca dari semalam system yang digunakan staff tempat aku mengalami masalah… switch hub 5 port rosak maka line networking semua kantoi… tak boleh buat kerja.. dah keje memerlukan system.. terpaksalah aku turun ke pejabat petang Ahad bagi menyelesaikan masalah tersebut… setelah di periksa didapati benda alah yang aku sebut tadi rosak…so tindakan aku sebagai ketua untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberi portable wireless modem.. coz kat opis ada steramyx so leh la online bila diperlukan Cuma sediakan Modem Wireless jer.. selesai satu masalah. Pada Pagi Isnin plak… sampai jer di ofis staff bising kata toner printer dah habis… so minta stok dari ADMIN depa kata aku dah ambil semua stok yang ada.. ini mendatangkan kemarahan dan ketidakpuasan hati aku… sebab dituduh mengambil toner printer dari stor…semua pakat bising n marah sebab aku sorok stok… setelah disiasat aku selongkar satu stor pejabat namun hampa masih tidak berjumpa..then aku msg semua staff aku Tanya… jeng jeng jeng… rupa-rupanya ada sesorang yang simpan toner tersebut tanpa pengetahuan aku.. Apa lagi sampai je pejabat budak tu aku basuh cukup-cukup sebab dia aku kene marah ngan admin. Sungguh HAMPEH!! Mood aku keje hari nih amatlah membosankan. Berbalik pada kes Switch Hub 5 port tersebut sampai arinih 29/07/2009 aku blom dapat penggantian.. tah apa payahnya beli menda alah tue bukannya mahal sangat.. tapi apa bleh buat..kami nih tak penting… malas nak pk la lagi pk sakit hati je..dijangka ujung bulan baru ganti… alamat keje pending la camnih..

Saturday, July 25, 2009

Pagi Sabtu Yang Membosankan Dan Mengenyangkan :)






Jam 6.00pagi aku disedarkan deringan Alarm… Jam dari Handphone ku menandakan kena bangun pagi..rasa malas sungguh untuk bangun pagi ini…aku gagahkan diri. Aku capai tuala dan mandi , gosok gigi dan yang sewaktu dengannya….last wuduk….keluar bilik mandi bersiap untuk Solat Subuh…after solat bersiap-siap untuk pergi kerja… minggu ini Sabtu kena kerja… setiap hari sabtu minggu pertama dan ketiga Syarikat aku cuti namun hari ini kenalah kerja coz minggu keempat..Pagi ini Jam 10am ada Jamuan Makan & Doa Selamat yng dibuat Oleh beberapa Staff aku yang nak meraikan beberapa perkara iaitu kenaikan pangkat serta niat untuk kenduri coz bebaru nih dapatlah sedikit bonus..maka beberapa orang kawan-kawan berkongsi duit untuk buat Jamuan Makan-makan… Alhamdulillah.. Rezeki… Semoga Allah Panjangkan Umur dan Rezeki mereka yang menganjurkan acara makan-makan nih… Amin.



Friday, July 24, 2009

Pertama Kali Aku Menulis Blog

Salam Semua Pembaca


Bermula hari ini 24/07/2009 08.00am. Aku telah memulakan BLOG yang telah lama aku pendamkan dalam hati selama ini. Ramai yang aku perhatikan menulis blog dengan bermacam-macam bahan dan cerita namun itu semua adalah hak masing-masing dalam memulakan penulisan didalam blog. Penulis blog datang dari berbagai cabang pendidikan ada yg tinggi ada yang rendah. Namun hasil tulisan mereka amat menarik dan hebat. Aku tergerak hati ingin membuat blog ini sudah agak lama namun kini baru tercapai hasratku untuk menaip dalam blog yg serba kekurangan ini al-maklumlah baru belajar. Andai ada tersalah kata , tatabahasa harap ditegur dan diperbetulkan. Bermula dari hari ini dalam sejarah aku memulakan penulisanku didalam Blog Ini Yang aku Berikan Nama LuahanKu